Kehidupan awal Sean Parker

Parker dilahirkan di Herndon, Virginia. Ibunya, Diane Parker, seorang broker iklan TV, dan bapanya, Bruce Parker, ialah seorang ahli marin yang bekerja untuk pemerintah Amerika Syarikat.[4][5][9][10] Ketika Parker berusia 7 tahun, bapanya mengajarnya bagaimana membuat program di Atari 800.[4] Bapa Parker, yang mendahulukan keluarga di atas impian usahanya, mengatakan kepada Parker "jika engkau hendak mengambil risiko, lakukanlah sebelum berkeluarga."[11] Sewaktu remaja, hobicParker ialah menggodam dan membuat program komputer.[5] Pada satu malam, ketika sedang menggodam rangkaian suatu syarikat yang termasuk Fortune 500, Parker tidak mampu melog keluar setelah bapanya mencabut dan merampas kekunci komputernya.[5] Kerana alamat IP beliau sering terdedah, ejen FBI dapat menjejaki pemuda berusia 16 tahun itu.[5] Pada usia bawah 18 tahun, Parker dihukum dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan.[5]

Rujukan

WikiPedia: Sean Parker http://www.forbes.com/profile/sean-parker-2 http://www.forbes.com/sites/stevenbertoni/2011/09/... http://www.ft.com/cms/s/2/8383ab06-45e3-11e0-acd8-... http://www.nypost.com/pagesixmag/issues/20111201/A... http://www.reuters.com/article/2012/06/05/us-airti... http://techpresident.com/news/21885/nationbuilder-... http://www.vanityfair.com/culture/features/2010/10... http://venturebeat.com/2006/12/12/founders-fund-hi... http://www.visiblelegacy.com/?p=d&q=FMI:11676 http://www.washingtonpost.com/blogs/faster-forward...